Saturday, November 30, 2013

TaKBuR ke JuBuR aKhirNya MemBaWa Ke KuBuQ



Muqadimah

first sekali makna takbur paa???
maksudnya is sombong atau membanggakan diri.
dan kebiasaannya ianya datang sekali pakej dengan sifat riyak. 
dimana kita akan selalu ingat diri kita lebih bagus dari orang laen. 
dan boleh dikatakan dia seorang yg gila dimana buktinya ketika Rasulullah saw bertanya kepada sekumpulan para sahabat," tahukah kamu orang gila yang sebenar-benarnya?" 
lalu para sahabat menjawab "tidak tahu, ya rasulullah" 
maka Rasulullah menjelaskan " iaitu orang gila ialah orang yang berjalan dengan TAKBUR, memandang rendah kepada orang lain, membusungkan dada, mengharapkan syurga sambil membuat maksiat dan kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikkannya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya.  


CeRiTa PenGaJaRaN




So cerita ini adalah benar cume nama watak yg digunakan hanya rekaan semata-mata..

alkisah bermula dari seorang pemuda miskin yg beriman yang bernama Alep Noor yg sering berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki supaya hidupnya menjadi senang. Lalu tanpa disedari bahwa si Alep Noor ini mempunyai bakat yang terpendam iaitu dia dapat menyambut dan membaling pedang atau pisau dengan tepat dan tangkas. Alhamdulillah dgn berkat pemberian tuhan atas bakat ini, dia berjaya membuat banyak persembahan di setiap pasar yang ada dan memperolehi duit yang lumayan. 







Hari demi hari pendapatannya semakin lumayan sehingga dia lupa kepada Allah dan akhirnya bersikap TAKBUR dan RIYAK. Pada mulanya sifat ini datang ketika ada seorang penonton yang bernama Nurul itu berjumpa dengannya secara peribadi dan memuji bagai bak gunung yang tinggi sehingga kembang seluruh anggotanya. bermacam-macam kata-kata manis tetapi beracun [pujian] yg didengari oleh telinga si Alep Noor nih.. 
per lagi saper yg x kembang kn??




lalu hati si Alep Noor nih mula ditusuk oleh syaitan dgn pelbagai hasutan yg menyebabkanianya bersifat begitu angkuh dan sering menghina orang laen seperti       "hanya aku sorang jer di tempat ini yg mampu membuat seperti demikian dan tidak ada sesiapa boleh      challenge ngn aku, kalo berani mai arr".                             dia mula lupa diri dan tidak lagi seperti dlu begitu kuatnya connectionnye dgn tuhan.. sekarang nih dia mula mementingkan diri dan sering sahaja memandang rendah org laen. 





So pa lagi orang dok panas ar dengar si mamat nih sebab berlagak sangat. lalu ada seorang pak cik tua yg bernama Wan Izzul mencabar si Alep Noor ini untuk menyambut pisau            menggunakan mulutnya..                      
" mu kalo berani n hevoc sgt ce try smbut pisau kawe nih gune mulut, ada beran??"




lalu Alep Noor dgn takburnya menjawab


"hak oloh stkat gini kt mulut, baek mu soh anak anjing jer, laju kilat mana pon tuhan petirkan pon kawe boleh tangkap."


Akhirnya SPLAT!! dia mati dalam ketakburan dan keriyakan..kerongkongnya abes ditusuk oleh pisau tersebut dan berdarah mengalir di merata tempat.







PeNGAJARAN

1. ingat lar bahwa pujian itu adalah racun bagi seorang mukmin.. sentiasalah merendah diri kerana apabila kita mula merasakan diri kita hebat, maka di saat itu lah syaitan akan cube mengambil langkahnya untuk menyesatkan kita.Dan sebagai orang sekeliling juga kalau boleh 
"PUJI BIARLAH DI BELAKANG, KUTUK BIARLAH BERDEPAN"


2. Tapi kalo orang dh puji kita, apa perlu kita buat , haa??
latihlar sifat syukur dalam hati kita dengan mengatakan 
"apa yang baik datang dari allah dan yang lemah dari kelemahan diri sendiri"


3. Elakkan cakap dalam hati sehingga boleh mendatangkan riyak sebaliknya hendaklah bercakap alhamdulillah atas nikmat yg telah diberi.  






































Wednesday, November 27, 2013

Kata- kata Terakhir Rasulullah untuk Ummatnya !!









“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.”






“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”



“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”





“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan, dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak k
amu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”








“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah, setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam  taqwa dan beramal soleh.”






“Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.”













“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Qur’an dan sunnahku.”





“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”


H i J r A h

Assalamualaikum, sepertimana kita tau hijrah tu bermaksud berpindah kan ?? 
tapi berpindah apakah yang dimaksudkan? 
nih nk share pengalaman sikit yg membuatkan diri ini lebih mendekatkan diri dengan Allah 
bukanlah untuk menunjukkan yg diri ini jahat tapi supaya dpt dijadikan pengajaran.

                    ZAMAN JAHILIAH



Setiap manusia itu ada zaman jahiliyah tersendiri yang membuatkan dirinya berubah menjadi baik tetapi dengan harus adanya sikap muhasabah diri. Walaupun belajar di sekolah agama dahulu tetapi belum tentu baik kerana orang yang betul-betul ingin jadi baik sahaja akan menjadi baik. Akibat terlalu pengaruh dengan rakan sebaya, akhirnya macam-macam benda jahat dh pernah cube n time tu kalo nk rase bertobat mesti igt mcm nih 
"relek ar kita muda lagi, time cm nih lar nk enjoy".


                                      UJIAN DARI ALLAH


Semenjak dari kecil lagi tulang aku bleh dikatekan lemah n selalu patah n lari...
sudah beberapa kali tangan kaki aku kene balut simen n setiap kali accident tu mesti Allah                             nk tunjuk something kt aku..
tapi still tak insaf insaf lg sehinggalah time aku form 3 bulan april tu aku terjatuh bukit di belakang sekolah bilik KH dulu..time tu "PERGHHH!! " 
        dh lah duk jauh dari parents, time tu mula riso                                    kene marah ngn parents..
       walaupun menjerit time tu, hati tak abes-abes                                        salahkan Allah.. 




Akhirnya malam itu kene tahan kt Hospital Taiping.. igtkn kene tidur kt situ tapi ustaz suruh blek asrama jgk sbb ramai kawan dh tunggu n siap buat solat hajat lagi.. terharu* 
member semua tolong aku time tu sehinggakan nk buang air kecik pon dok ushar-ushar..
ada yang smpai nangis sebab rase bersalah suruh aku panjat pokok jambu tu.
time tu baru terasa sebak ramai rupanya yang sayang aku
tiba-tiba ustaz bagi telefon kt aku " nah mak kamu nih, jawablah" 
haih time tu mula lar pikir ayat nk jawab pe, so terpakselah pasang telinga.



                               

   HIDAYAH MILIK ALLAH


Pada malam time semua org dh tidur kt dorm masing2 n ada sekelompok member2 teman aku tidur kt bilik prep...aku mula pikir sebab pa jadi cm nih n kenapa semua nih jadik kt aku?? dh lar nk pmr time tu.. bermacam-macam perasaan bercampur baur time tu n rase seolah-olah allah itu tidak adil.











tiba-tiba teringat time tu ustaz ckp
"kalau kita bercinta dengan manusia kita akan selalu mesej dia n kol dia kan? cuba try bercinta dengan al-quran, jadikan tafsir alquran tu agar kita boleh sentiasa berhubung dengan allah.." 
so aku maen amek jer tafsir saper enth kt rak meja bilik prep tu n aku men selak jer dgn harapan allah akan cakap sesuatu kt aku. Subhanallah memang tak disangka sesungguhnya allah itu sngt dekat diri kita cuma kita tak sedar.. tanpa disedari aku tiba2 terbukak ayt sebelah ini. 

seolah-olah ada kene mengene ngn aku.








                                    PENGAJARAN

Setiap manusia itu diuji dengan pelbagai ujian, ada yg diberi bentuk nikmat dan ada jgk di beri dalam bentuk kesakitan. cuma nk pesan Allah hanya nk kita dekatkan diri kita dengannya.. 

korang mesti biasa  bercinta, bercouple dengan manusia kan?? 
cuba try bercinta ngn Allah... 
Jadikan Al-quran itu sebagai medium untuk kita berhubung dengan Allah.
Pastikan setiap hari kita baca tafsir al-quran tu dan menghayatinya walaupun satu ayat.
Insyaallah moga moga kita diberi hidayah..

#Selamat Beramal