
maksudnya is sombong atau membanggakan diri.
dan kebiasaannya ianya datang sekali pakej dengan sifat riyak.
dimana kita akan selalu ingat diri kita lebih bagus dari orang laen.
dan boleh dikatakan dia seorang yg gila dimana buktinya ketika Rasulullah saw bertanya kepada sekumpulan para sahabat," tahukah kamu orang gila yang sebenar-benarnya?"
lalu para sahabat menjawab "tidak tahu, ya rasulullah"
maka Rasulullah menjelaskan " iaitu orang gila ialah orang yang berjalan dengan TAKBUR, memandang rendah kepada orang lain, membusungkan dada, mengharapkan syurga sambil membuat maksiat dan kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikkannya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya.
CeRiTa PenGaJaRaN

So cerita ini adalah benar cume nama watak yg digunakan hanya rekaan semata-mata..
alkisah bermula dari seorang pemuda miskin yg beriman yang bernama Alep Noor yg sering berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki supaya hidupnya menjadi senang. Lalu tanpa disedari bahwa si Alep Noor ini mempunyai bakat yang terpendam iaitu dia dapat menyambut dan membaling pedang atau pisau dengan tepat dan tangkas. Alhamdulillah dgn berkat pemberian tuhan atas bakat ini, dia berjaya membuat banyak persembahan di setiap pasar yang ada dan memperolehi duit yang lumayan.
Hari demi hari pendapatannya semakin lumayan sehingga dia lupa kepada Allah dan akhirnya bersikap TAKBUR dan RIYAK. Pada mulanya sifat ini datang ketika ada seorang penonton yang bernama Nurul itu berjumpa dengannya secara peribadi dan memuji bagai bak gunung yang tinggi sehingga kembang seluruh anggotanya. bermacam-macam kata-kata manis tetapi beracun [pujian] yg didengari oleh telinga si Alep Noor nih..
per lagi saper yg x kembang kn??
lalu hati si Alep Noor nih mula ditusuk oleh syaitan dgn pelbagai hasutan yg menyebabkanianya bersifat begitu angkuh dan sering menghina orang laen seperti "hanya aku sorang jer di tempat ini yg mampu membuat seperti demikian dan tidak ada sesiapa boleh challenge ngn aku, kalo berani mai arr". dia mula lupa diri dan tidak lagi seperti dlu begitu kuatnya connectionnye dgn tuhan.. sekarang nih dia mula mementingkan diri dan sering sahaja memandang rendah org laen.
So pa lagi orang dok panas ar dengar si mamat nih sebab berlagak sangat. lalu ada seorang pak cik tua yg bernama Wan Izzul mencabar si Alep Noor ini untuk menyambut pisau menggunakan mulutnya..
" mu kalo berani n hevoc sgt ce try smbut pisau kawe nih gune mulut, ada beran??"
lalu Alep Noor dgn takburnya menjawab
"hak oloh stkat gini kt mulut, baek mu soh anak anjing jer, laju kilat mana pon tuhan petirkan pon kawe boleh tangkap."
Akhirnya SPLAT!! dia mati dalam ketakburan dan keriyakan..kerongkongnya abes ditusuk oleh pisau tersebut dan berdarah mengalir di merata tempat.
PeNGAJARAN
1. ingat lar bahwa pujian itu adalah racun bagi seorang mukmin.. sentiasalah merendah diri kerana apabila kita mula merasakan diri kita hebat, maka di saat itu lah syaitan akan cube mengambil langkahnya untuk menyesatkan kita.Dan sebagai orang sekeliling juga kalau boleh
"PUJI BIARLAH DI BELAKANG, KUTUK BIARLAH BERDEPAN"
2. Tapi kalo orang dh puji kita, apa perlu kita buat , haa??
latihlar sifat syukur dalam hati kita dengan mengatakan
"apa yang baik datang dari allah dan yang lemah dari kelemahan diri sendiri"
3. Elakkan cakap dalam hati sehingga boleh mendatangkan riyak sebaliknya hendaklah bercakap alhamdulillah atas nikmat yg telah diberi.




